Tuesday, May 22, 2018 6:03 AM ♥ 0 Comment(s)
Assalamulaikum :) Dah lamanya tak update! Kali terakhir aku update ialah tahun lepas. 25th of February 2017 to be exact. Kali terakhir aku update blog ni, masa tu baru dalam semester kedua I guess. Sekarang dah cuti sem semester 5 dah pun. Semester 7 sem last dan sem 8 aku praktikal. Time flies, huh? Dah umur 22 dah pun. Aku ingat lagi aku buat blog ni masa sekolah menengah. Content pun merapu entah hape hape entah. Masa tu, blog ni kira the trending social media lah hahaha semua buat blog sekarang seua makin menyepi termasuklah aku. There are a lot of things happened and changed. Some are good, while the others... well, not. (Excuse my English / bahasa campur! I am trying to brush my English hehe) ........................................................................................................................................................ THE GOOD THINGS BABY A My sister found her significant other, the love of her life and got married. 8th of February ; she gave birth to a VERY healthy baby boy 💓 Oh my, memang tembam gila sebab berat dia 4.6 kg masa dia lahir 👶
Yasss he is that big, and Alhamdulilah, all praises to ALLAH SWT, tak ada kena penyakit kuning.
❤ ARYAN NAUFAL BIN AKMAL HAKIM Alhamdulilah, my cute and bambam nephew is a good boy (so far) (ayah said children will change as the time goes by) (but I do hope he will always be a good boy) MUET Aku ambil MUET Sesi 1 2018. Aku ambil MUET sebab aku fikir graduan ijazah sekarang boleh dikatakan semua ada MUET anddd aku rasa mungkin MUET boleh meningkatkan aku punya kelayakan dan pada masa yang sama, bagi ilmu dekat aku. I was so nervous, I cried and then study balik and cried again. Yeah, that's just me haha 😂 I'll definitely (insyaALLAH) write about my experience, tips and tricks on how and what to do for every part. Baru baru ni aku dah dapat result MUET dan alhamdulilah aku berjaya skor band 4 :') Aku ingat aku akan dapat band 3 dan ke bawah sebab aku rasa aku fail ah bahagian speaking tapi alhamdulilah Allah bagi lebih dari jangkaan aku :) ACADEMIC Alhamdulilah, aku dapat kekalkan result aku dari diploma sampai sem 5 ijazah. Aku dapat dean's list, aku dapat result cemerlang (setakat ni). All praises to ALLAH SWT. Sejujurnya aku tak minat bidang yang aku ambil. Pendidikan Awal Kanak-Kanak. I love children, I do but being a teacher is not something that I will enjoy. Aku boleh buat, tapi hati aku tak ada. Tapi aku akan berusaha untuk jayakan apa yang aku tengah perjuangkan. Aku akan usaha untuk habiskan ijazah dengan jayanya. ....................................................................................................................................................... THE "NOT SO GOOD" THINGS Mama got sick. Exactly after my sister habis tempoh berpantang, she started to have severe backpain and she was unable to walk. She took a break and went to the panel clinic of her company slowly and the they sent her to the hospital. Everything was so sudden. Mama yang sihat, aktif, seorang yang bekerjaya, jatuh sakit. Mama yang sihat tanpa penyakit darah tinggi, tiba tiba darah tinggi naik. Mama sakit saraf, tulang belakang yang bagi kesan dekat kaki mama, terutamanya yang kiri. Mama ada cyst dekat satu ovari dan ada dua ketumbuhan dekat dinding rahim. I was speechless, I was afraid, I was shocked. I had mixed feelings when mom to be admitted to the ward and went into the operation theather, more than once. The first one was for the backpain and sakit saraf. Second, the cyst and the ketumbuhan. Kali ketiga, buang rahim. Mama jadi cepat letih, mama banyak tidur, and all the time was spent at home. Tapi mama akan buat-buat kuat kalau ada orang lain contoh balik rumah opah, mama akan gagahkan diri untuk masak sekali dekat dapur atau gagahkan diri buat kerja rumah bila kakak aku balik sini. Aku sedih. Aku sedih yang lepas ni mama tak boleh nak jalan-jalan macam selalu, mama mungkin tak dapat hantar dan tengok aku pergi praktikal, mama mungkin tak boleh tengok dan pergi masa aku grad. Ada saudara terdekat yang buang rahim juga dan ada penyakit saraf dan akhirnya dia terpaksa guna kerusi roda. Dan sekarang tak mampu bercakap pun, semua sebab sakit saraf. Mama risau mama akan jadi macam tu, dan buat aku risau dan tertekan juga.Aku tertekan bila fikirkan mama macam mana nanti? Adik aku dah nak masuk universiti bulan Julai ni. Aku masih belajar dan akan praktikal jauh dekat KL tu. I know ayah will take care of mama but ayah is working too. His daily task requires him to be busy apatah lagi bila ada program. Kakak aku ada keluarga dia sendiri, takkan dia nak duduk dengan mama kan? Abang pulak dengan komitmen dia sendiri. Aku buntu. Aku rasa sedih, tertekan. Mungkin aku tak biasa bila mama serahkan semua tugas dekat aku. Aku rasa terbeban sikit sebab mama seorang yang tertib. For example, lauk yang aku masak mesti mama akan tanya sama ada masak guna cara dia tak? Or the times when we are eating and mom made comments about the lauks hahaha. I could accept opinions, but not really when it comes to criticism which (to me) is not delivered in a good way. Ada beza kritik dengan bagi pendapat / feedback. Maybe aku dengan mama tak lah serasi macam mana mama rapat dengan adik aku. Sebab tu orang kata anak tengah ni selalu complicated / jauh. I felt that. DEPRESSION (?) Aku tak pasti sama ada apa yang aku lalui, rasa sekarang ialah kemurungan. Is having suicidal thoughts / wanting everything to stop counted as depression? I don't have the tendencies to cut myself or self harm, no. I just feel helpless. I feel empty. It is like I am alive, but I am dead. I think that's all. I need to write about my problems, but maybe later. But I definitely will, as I want to express it all. I NEED TO, because there is no other people can save me. Not eveny myself. I need to write again, so that maybe in the future, I can look back at these entries I made and reflect of the hard times and how it shaped my future. Till next time, Blogger. Saturday, February 25, 2017 1:32 AM ♥ 0 Comment(s)
Assalamualaikum! WOW IT'S 2017 ALREADY?! HAHAHAHAA OMG Ok (tengah cuba bertenang). Aku selalu ingat nak update blog, nak update blog tapi kesibukan hidup membuat aku terlupa gittuw. Entri aku yang paling last, tahun 2015. Sekarang dah 2017 kot! Dua tahun dah berlalu tanpa aku update apa -apa. Blog ni macam diari aku, yang aku akan bukak sekali sekala and cringe about the way I write 😂 Fast forward, sekarang aku dah masuk degree. Yeah, masih lagi di Unitar Alor Setar yang tercinta haha. Kalau dulu, DECE Diploma in Early Childhood Education, sekarang BECE BACHELOR. Bachelor in Education (ECE). Semester 2, dan semester 1 bermula dengan em agak kelam kabut tapi penghujungnya ok. Sepatutnya semester dua ni, semester pertama. Sebenarnya lepas habis praktikal diploma, ingat nak take a break tapi dapat offer 20% diskaun dan credit transfer. Dari 4 tahun degree, jadi 2 tahun ++. Baru-baru ni dapat tahu kemungkinan setahun setengah ja. Save duit, save masa. Sebab tu sambung terus. Penat, tapi takpa penat boleh hilang, kan? Keadaan pun dah berubah. Mili dah tak ada. Yes Mili kucing kesayangan. Hm. Akan cuba cari masa untuk update lagi. See ya! 😤😤 Saturday, July 25, 2015 12:57 PM ♥ 0 Comment(s)
Gazing at the stars and the moon is a luxury.
Tuesday, June 2, 2015 3:27 AM ♥ 0 Comment(s)
Orang kata, lagi banyak kita keluar, tengok dunia, makin banyak kita belajar, makin banyak pengalaman berharga yang kita dapat.
Aku,
pengalaman manis? checked.
pengalaman buruk? checked.
But then, dua dua pengalaman tu berharga.
And yes selain tu jugak kita kenali diri kita sendiri.
These are the things that I've learned about myself.
- Jalan-jalan
Aku baru tahu yang aku ni suka jalan-jalan. Bukan jenis travel, which I'd loved to but since it will mostly cost a bomb, aku suka jalan-jalan which simply ronda-ronda. Naik kereta, ronda sekitar tempat yang dekat.
Aku suka Alor Setar. Sebab banyak gila cabang jalan aku rasa macam kalau amik satu jalan, boleh bawak kita ke jalan lain which is interesting sebab rasa macam ronda dekat jalan baru gituwww.
Aku suka ronda waktu malam sebab sejuk lepas tu angin malam tu bg rileks gila. Semua ni terima kasih dekat Kak Tini sebab tumpangkan aku lepas tu bawak aku ronda ronda hehe.
Semua masalah, or so-called masalah (benda kecik ja tapi aku selalu fikir sampai serabut) hilang bila aku ronda ronda. Dengan angin malam lagi, fuhh. Relaxing!
Kadang-kadang masa ronda-ronda tu menyanyi ramai ramai dengan Kak Yah dengan Kak Tini. Memang best lah :D
- Rooftop! Yang ni berkaitan dengan ronda ronda jugak. Disebabkan aku ni suka menghirup udara segar pada waktu malam gituww, aku suka gila idea rumah rooftop! Apatah lagi bila aku tengok rumah rumah rooftop dalam drama drama Korea kan!
Tak nampak sangat design rumah ni yang sebenar sebab aku google tak jumpa. Padahal dalam drama Rooftop Prince, ada ja banyak babak yang tunjuk rumah tu.
Aku suka gila sebab dia rumah atas bumbung! Boleh lepak lepak kat luar waktu malam! Lagi satu rumah dia tak besar pun, kecik ja tapi comel! Pemandangan pun lawa gila baq hang! :D
These guys are so funny in that drama!
-Purple
Aku selalu pakai macam macam warna tapi baru aku sedar yang banyak baju/barang aku warna ungu. Dan bila aku nak pilih barang, ungu menjadi pilihan utama. Always.
-Daisy
Aku dah mula suka bunga daisy. Biasanya ramai yang suka ros lily ka carnation. Tapi aku suka bunga daisy.
Bunga ni cantik gila sampai taktau nak bagitau macam mana.
- Enjoy the little things Kita terlalu spesifikkan perkataan 'bahagia' sampai kita tak sedar bahagia tu ialah benda benda yang buat kita gembira! Macam benda benda kecik macam baca komik, tidur waktu hujan, minum teh ais waktu petang, dan macam macam lagi. Macam Columbus dalam movie Zombieland catat dalam banyak banyak senarai RULES dia, yang nombor 32, ENJOY THE LITTLE THINGS! Well thanks to Tallahassee lah sebab keluarkan mutiara kata itu. XD Tallahassee and his Twinkie haha! Movie ni best! Gua suka :D . . . . -Crybaby
I dont know tapi aku ni... jiwa tisu agaknya. I get a little weepy everytime I'm sad. Aku tak sado beb. Gemuk lagi adalah. Eh?
Haha. Aku sensitif agaknya. Tapi entahlah. Aku cuba jadi tough tapi.. Sampai orang khianat aku. Aku ingat lagi. Pffft
These four yang paling ketara. Yang last tu yang paling aku.....
These days aku rasa macam semuanya serabut.
Orang yang aku hargai kebanyakannya walked out of my life.
" You walked away, said I'm wrong but it's fine,"
-
Light Writing // Liyana Fizi
Aku cuba buat macam tak kisah, tapi sebenarnya aku kisah. It's not fine.
First,
Second,
Third.
The first and the second affected me - a lot.
I dont wanna talk about the first.
The second.. entahlah. I noticed everything. Used to be, but not anymore.
The third? I dont really care about the third. Eh wait.
Kalau gua tak care, maksudnya gua tak kisah. eh?
Ok, aku kisah tapi tak lah macam the first and the second. Hm.
Urgh.
I'm so sick of being upset. I'm so sick of being sad. I want to be happy. Yeah, that is my goal. Allah...
" Not everyone you lose is a loss, "
ALRIGHT! From this moment, aku, NURFARAH HIDAYAH BINTI KHAIRUDDIN will never be sad about the first, second and third anymore!
It's a promise, from myself, to myself.
Future me, future Farah Hidayah, make sure dont get sad/upset with these three, okay?
It's okay to be sad or feeling down, but what matters most is to get up!
" When the pain becomes unbearable, dont despair. Let the Almighty take over and mend your heart. You'll bounce back ; stronger and better, "
-
Mufti Menk
" Suatu hari nanti, kita akan berterima kasih pada Dia atas segala ketetapan yang menyakitkan ini, "
-
akuislam.com
Aku rasa bila jadi macam ni, hubungan kita dengan Tuhan, yakni ALLAH SWT yang perlu dikukuhkan. Mintak supaya tabah. Doa.
" Mengulang -ulang doa itu ibarat mengayuh basikal, suatu saat nanti ia akan membawamu ke arah yang dituju, "
-
akuislam.com
Kita semua tahu, Allah tidak pernah silap dalam merencana setiap takdir hambaNya.
Kalau hidup asyik merasa gembira, apakah itu kehidupan?
La tahzan, Innallah ha ma'ana, Farah Hidayah!
Allah kan ada :)
Yes! First thing first! Aku nak berjaya dalam pelajaran, aku nak jadi anak yang baik to both my parents, aku nak enjoy dengan kawan-kawan aku sementara kami masih belajar ( coz everything will change once we graduated )
Thursday, May 28, 2015 4:01 AM ♥ 2 Comment(s)
2/2/2015
Hari pertama geng geng aku dgn aku mulakan semester 3. DAN JUGA NAK SAMBUT HARI LAHIR IKHWAN ZAINUN!!
Haha aku ingat lagi kami semua buat grup wasap lain secara rahsia lepas tu rancang macam macam untuk buat kejutan dekat beliau hahaha siap kami semua rancang nak bagi dia marah lagi. Our partner in crime a.k.a. The Spy sudah tentulah sepupu kesayangan dia iaitu Aiman! Laporkan habis perubahan riak muka Ikhwan hahaha!
Esok tu lepas daftar subjek,
Syahril, Kak Yah dengan Kak Tini pergi beli kek.
Ynag lain bertugas untuk ajak Ikhwan pergi lepak kat tempat yang ada AOR besaq tu. Mula mula dia takmau, sebab mungkin panas lepas tu dia kata ok.
Disebabkan malam sebelum tu Yong cari gaduh dengan Ikhwan, Yong yang pegang kek lepas tu menyorok belakang pokok. Kek ada dekat pak guard, lepas tu bila nak ambik, Azawan punyalah beria-ia tarik Ikhwan ajak pergi tandas! Hahaha mesti dia ada terfikir
"Eh kenapa ni?"
"Dah kenapa mereka semua ini mengajak diriku ke sini pada tengah hari begini?"
HAHAHAHA
When they came back, taraaa! Yong pun keluaq dan tunjuk kek itu kepada beliau. Ayat Ikhwan
"Wei hari ni bukan hari jadi aku!"
Well of coz lah kawan, kalau buat tepat pada hari jadimu, tak jadilah! 6/2 is sooo not the right day XD
Well, let the pictures tell the stories!
Ni sementara tunggu depa berdua............
Sepupu sepupu wuuu :)
The Twelve Of Us :)
22/2/2015
Goodbye Sir Huzai :(
Masa semester 2, Sir Huzaifah datang dan jadi family Unitar Alor Setar untuk ajar Hotel Management, tapi masuk ja awal semester 3, Sir Huzai dah nak pergi :(
Jadi Sir Khusaini ajak kami satu geng untuk buat farewell party untuk beliau.
Nak buat surprise, tapi tak jadi! Huhuhuhu
Walaupun sir Huzai tak ajar Early Childhood Education, tapi kami semua pun joon juga hehe.
Gelak kat Syahril! MUAHAHHAHAHAHAH
Love this picture sebab candid!
Sir Khusaini cakap " Lubang hidung tu jangan besaq sangat boleh dak" dan lepas tu semua gelak kat Syahril XD
Lecturer DHM dengan lecturer English!
Sir Khusaini yang rancang semua ni dan edit gambaq semua :)
Kenang-kenangan untuk Sir Huzai :)
Us :)
3/3/2015
eh sebenarnya
2/3/2015
Kami semua, lepas makan rasa nak jalan jalan ambik angin so we did. Sampai Jitra baq hang, sampai sana, kami lepak kat satu tempat (yang aku tak ingat kat mana) tapi tempat tu macam stesen bas kecik. Kami bersembang apa semua, then suddenly a cute stray cat appeared.
Comel, lepas tu apa lagi?! MENGUSIK KAK YAH LAH!!! HAHAHAHAH Kak Dayah takut kucing, so kami semua mengusik dia. Haha kak Yah ok ja, tp bila kami nak balik, kami bawak masuk sekali kucing tu dalam kereta and BOOM! Kak Yah bukak pintu dan nampak kucing tu lepas tu kak Yah lari dan lepas tu Kak Yah menangis T.T
Sebab kami naik dua kereta yang berasingan, aku taktau macam mana Kak Yah. Aku mesej Ikhwan, dan dia kata Kak Yah tak bercakap. Aku ketaq lah sampai aku ajak Alang pergi mana mana dulu lepas tu baru balik. Sampai Ain mesej kata kak Yah kak Tini dah lena.
Balik rumah sewa, aku sembang dengan Alang, tiba tiba Kak Tini keluaq. Aku tegur kak Tini, tapi kak Tini macam tak balas sangat teguran aku omg iols dah rasa sedih :(
3/3/2015
Esok pagi, kak Yah kak Tini keluar ikut lecturer sebab nak promote Unitar dekat pelaja pelajar yang baru habis SPM. Aku pulak dengan geng geng DECE keluar cari tadika sebab kami kena buat esaimen.
Aku rasa macam bersalah lah sebab aku yg ajak berhenti lepak, kalau dak mesti kami tak jumpa kucing comel tu dan semua ni takkan terjadi.
Lepas dah habis tu, geng geng DHM ajak pergi Tasik Jitra sebab Syahril nak makan eskacang. Masa tu aku agak pelik sebab Syahril tak makan eskacang tp takpalah, mungkin nak jalan-jalan kot.
Kami pergi 3 kereta, aku tumpang kereta Alang, dgn Pipah, dan Aiman. Lepas tu macam mana entah keadaan jadi tak tentu arah, semua orang marah dengan geng geng lelaki yg naik dgn kak Tini tertinggal dompet lah apa lah.
Alang bawak kereta pergi tempat lain sebab bengang. Siap aku pun drive kereta Alang. Lepas tu Kak Yah telefon kata berhenti kedai makan. Aku masa sampai tu, aku sedih dah sebab kak Yah tak cakap dengan aku. Aku tegur kak Yah
"Kak Yah, Farah mintak maaf."
"Nak mintak maaf sebab apa?"
"Sebab semalam,"
"Haaa dah tau kan ni kat tempat orang kalau jadi apa apa, macam mana?!"
Masa tu gua ok lagi
Tiba tiba masa aku pegang lengan kak Yah, kak Yah tarik. OMG MASA TU TAKTAU PASEIPA AYAQ MATA MELIMPAH RUAH TERUS GUA KELUAQ DARI KEDAI MAKAN TU LEPAS TU GUA TEQIYAK!!
Sampai makcik kedai tu pelik lah.
Gua tanya makcik tu,
"Makcik, ada toilet dak?"
Maka dengan rileksnya makcik tu jawab
"TAKDAK"
WHYYY! :(
Teqiyak mcm apa lagi lepas tu depa ajak naik kereta. Teqiyak lagi, Sampai kat Tasik Jitra, Alang dengan Pipah kata jangan menangis, satgi depa nampak. Depa suruh aku pusing menghala tasik, aku cakap ah takmau, nanti depa lagi pelik kalau aku tak pandang depa kan.
Tiba tiba kak Tini keluaq dari kereta, nada suara tinggi! Marah marah. Kecut perut, aku kalih menghala tasik. Takuttttt :(
Tiba tiba, Kak Yah mai kat aku, sambil panggil nama aku dengan senyuman. Syahril pun datang dengan kek! SELAMAT HARI JADI!
OMG TERUS GUA TEQIYAK LAGI!! SEBAB GUA INGAT BETUI BETUI KAK YAH MARAH AKU WUAAAAAAAAAAAAAAA
Jap gua tahan sebak jap!
Lepas tu depa kata ada hadiah. Letak dalam kotak kek.
Masa aku dapat tu, aku dah pelik dah. Try goncang, ringan ja.
Bukak,
KATAK!!! Malah lebih daripada satu!!
HAHAHAHAH GILA! Hari tu mata gua merah ja. -___-
Tapi gua happy ! Happy sangat sangat! Haha sepatutnya 3/3 hari lahir kakak aku, 11/3 baru hari lahir aku. Tapi depa cakap, nak buat surprise kat kak aku jauh sangat, so buat kat aku dulu XD
The Twelve Of Us :)
Make memories, as these will remains in our hearts!
|
![]() "May peace be upon you" ![]() P.S : OLDER POST is under the Credits! :D farhaelios
![]() Instagram ;
Hi visitors ! ;
![]() " It is okay to cry. Crying is a natural response to pain." - Baymax ![]() " Smile! Enjoy the little things in your life, bcause one day you will realize, they were BIG THINGS! " Credits ; The Skin By : Mrs Af Basecode : Pieqah Edited : farhaelios |