pergh~ skemanya title tersebut!~ haha.. anyway, tu la kucing2 saye~ they're HIMALAYAN.. Himalaya tu datang dari kacukan 2 baka, iaitu PARSI + kucing biasa punya so terhasil la kacukan himalaya..
honestly, I prefer himalayans sebab;
Muka diorang macam kucing biasa, tak penyek macam kucing parsi yang real.
yang bawah tu kucing aku ^^
baka himalaya ada bulu yang cantik tapi muka tetap macam kucing biasa~
tapi ikut suka la nak kucing yang mana pun~ ada byk jenis.. ada yang jenis takde bulu, kulit je.. ngeri tengok kulit die!
ada dua pilihan sama ada nak bela dalam rumah ataupun nak biar je dia bebas keluar masuk. macam kucing2 aku, diorang dbela dalam rumah.. mama tak bagi diorang bebas keluar masuk sbb macam kotor.. tetiap hari aku bagi diorang main kat luar dalam stengah jam/satu jam dengan pengawasan..
kalau tak tengok memey hilang la~ dah la penah ade kes kucing kene culik >.<
Cara uruskan bahan kumbahan kucing~
Sediakan satu tempat macam tray n letak pasir kucing dalam tu. Kalau nak save bajet, pasir biasa pun jadilah, tapi agak kotor la kan.. kalau pasir kucing yang tesco punya pun boleh, tapi dia tak memerangkap bau.. so buat la pilihan yang terbaik ya!
Senang je nak latih kucing2 ni.. macam aku buat dulu, kitorang letak kucing2 tersebut dengan 'tandas' die, makanan, air sume dalam jamban.. ops, err.. tandas.. sehari pun da cukup. lepas tu, diorang akan ingat nk buang air kat mana.
Kene selalu keep an eye dekat 'tandas' kucing tu sebab kalau pasir2 tu dah penuh dengan bahan kumbahan diorang, diorang akan buang air merata-rata dalam rumah. *sebab tu mama selalu marah aku sbb byk kali diorang berak merata~ kadang2 malas sket nk salin pasir diorang*
Kalau boleh jgn letak 'tandas' tu dekat2 dengan mesin basuh ya~
Langkah2 nak mandikan kucing
Sebaik-baiknya mandikan waktu tengahari
Guna air suam
Kucing akan memberontak sikit kalau nak mandi. So better mandikan diorang dalam sangkar. Macam mana? macam tula.. hehe.. letak dalam sangkar, basahkan badan diorang, then bukak sket pintu, syampu2, tutup pintu balik n bilas diorang.. Anda akan selamat daripada cakaran2 kucing! Percayalah!
Nak beli syampu, kene tengok jenis.. kalau nak syampu kepala, kene pastikan syampu tu tak memedihkan mata, macam syampu untuk budak2 tu,.. jenama apa tah.. johnson ke apa~ da lupa~
Sediakan satu tuala khas utk kucing. Ala, buruk2 pun takpe.. takkan la demanding sgt kucing tu~
Lepas lap2, sebaik-baiknya jemur sekejap kat panas.
Kalau nak cepat, guna hairdryer tapi kalau malas ataupun kureng rajin, biar je.. nanti kering jgak~
Kucing aku dah pregnant tau sekarang! *chewahh.. pregnant tu!* haha.. bunting2..
Kalau nak tau tanda2 kucing bunting, tengok puting susu dia. Kalau puting susu dia gemuk semacam n warna pink terang, sah2 la bunting. Tahniah! Anda akan dapat anak...kucing!
Oh ya.. ada dengar kan pasal kucing jantan suka kencing merata untuk tanda kawasan? jgn risau, kucing jantan takkan kencing merata dlm rumah kita KALAU ada kucing betina sekali.. coz kucing betina tu akan tengking yang jantan~ *eh2 apa aku merepek ni*
Sebulan skali/2 bulan skali, kucing akan sampai time dia nak mengawan *tambah2 kucing betina*. Dinasihatkan bagi je die mengawan dengan sape2 je yg die nak.. kalau tak bagi, nanti mati beragan.
Dalam tempoh musim mengawan tu, kucing2 betina akan mengedik-gedik semacam. diharap bawak bersabar, jangan tendang mahupun maki hamun diorang~ it's natural :)
FACTS ABOUT CATS!
Kucing takut bunyi penyapu lidi dihentak ke lantai~
Kucing ni lagi bersih dari manusia tau! Air liur kucing ada agen pembersih. Diorang kan selalu jilat bulu diorang, so diorang memg bersih. Dari manusia yg kadang2 sengaja taknak mandi :P
Kalau kucing baru lepas bergaduh or terkejut, diorang akan jilat bulu diorang untuk menenangkan diri.
Kucing mempunyai kelenturan badan yang super super good.. that's why la kalau terjatuh bangunan, diorang tak cedera teruk sgt..
gaya tido yang err...
okey.. stakat tu je.. Wassalam ;)
Kucing aku nama Sayang dengan Comel! Skema kan? hehe.. mama yang pilih nama tuu~
Thanks for reading!
"May peace be upon you"
Welcome to my site!
P.S : OLDER POST is under the Credits! :D
farhaelios
NURFARAH HIDAYAH BINTI KHAIRUDDIN
Just another face in the crowd. Who love comics (esp Under 18), milk tea, and daisies. Oh ya, and the colour purple.
Currently nineteen, but I'm forever young HAHA!
Fourth semester @ Unitar Alor Setar. Diploma in Early Childhood Education!